Menu
Cart 0

Shipping & Return

SHIPPING

  1. Caj penghantaran ditentukan oleh saiz pembungkusan produk, berat dan lokasi penghantaran.
  2. Penghantaran antarabangsa ditentukan oleh kadar asal yang diperoleh daripada rakan logistik kami.
  3. Segala penghantaran produk di Malaysia akan diuruskan oleh Pos Laju Malaysia atau mana-mana pembekal perkhidmatan kurier yang dilantik dari semasa ke semasa. Penghantaran antarabangsa pula akan dibuat oleh agen atau rakan niaga kami.
  4. Anda boleh membuat pertanyaan mengenai status pesanan melaui e-mel drazimuthedi@gmail.com
  5. Setiap bungkusan akan dihantar melalui kurier dan perlu ditandatangani semasa penghantaran. Syarikat kurier akan meninggalkan kad beserta nombor telefon untuk anda menentukan tarikh penghantaran baru sekiranya anda tiada ketika mereka cuba menghantar produk tersebut. Pos Malaysia hanya akan menghantar produk sekiranya ia boleh dimuatkan dalam peti surat dan kaedah penghantaran ini tidak memerlukan sebarang tandatangan;
  6. Alamat penghantaran tidak boleh diubah sebaik sahaja produk dihantar;
  7. Jika penghantaran dibuat ke alamat rumah anda, pastikan bahawa terdapat seseorang di rumah yang akan menerima produk tersebut. Jika tidak, kami mencadangkan anda untuk memberi alamat alternatif seperti alamat pejabat untuk tujuan penghantaran.
  8. Anda mungkin perlu membayar caj penghantaran tambahan sekiranya anda tiada di rumah ketika penghantaran berlaku.
  9. Waktu penghantaran adalah berbeza mengikut lokasi. Jangka masa penghantaran di Malaysia adalah dari dua (2) hingga tujuh (7) hari waktu bekerja. Untuk Sabah dan Sarawak pula, penghantaran akan mengambil masa maksimum sepuluh (10) hari waktu bekerja manakala penghantaran antarabangsa memakan masa dua hingga tiga minggu.
  10. Kelewatan kadangkala tidak dapat dielakkan berikutan faktor yang tidak diduga atau di luar kawalan kami seperti cuaca buruk, banjir atau kebakaran. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan dalam menghantar produk mengikut anggaran masa;
  11. Risiko kerugian dan kerosakan akan beralih kepada anda ketika produk tersebut diterima.

 

RETURN POLICY

DR AZIMUTH berusaha untuk menghantar barangan anda dalam masa yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin bahawa semua pesanan akan dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.  

Jika pihak perkhdimatan penghantaran courier tidak memenuhi tarikh penghantaran pada masa yang dianggarkan, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, liabiliti, kos, ganti rugi, caj atau perbelanjaan yang timbul daripada penghantaran lewat. 

Untuk menjejaki pesanan anda, sila gunakan ID pengesanan yang dihantar kepada anda melalui e-mel pengesahan. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila simpan email  pengesahan penghantaran.

Dalam keadaan yang jarang berlaku iaitu barangan anda mempunyai kecacatan (defect),  anda mempunyai 30 hari dari tarikh penerimaan item untuk mengembalikan barangan anda. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan DR AZIMUTH untuk memulakan kembali.

Sila pastikan barangan yang dipulangkan belum dipakai.  Alamat pemulangan produk adalah seperti di bawah:

Entrepreneurs Development Institute Sdn Bhd (386571-w).
No.10, Jalan Harmonis 1, Taman Harmonis, Batu 6,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: + 603-6186 8078 Fax: + 603-6188 8219,
E-mel: drazimuthedi@gmail.com

Produk baru hanya akan dihantar setelah bahagian Kawalan Kualiti memeriksa barang yang dipulangkan dan berpuashati serta mengesahkan bahawa barangan yang rosak bukan disebabkan kesilapan pelanggan, pihak syarikat akan berusaha untuk membuat penggantian barangan dalam tempoh 5 hari bekerja.

Anda bertanggungjawab untuk semua kos barangan dihantar sehingga tiba di ibu pejabat seperti alamat yang tertera di atas. Sila pastikan produk yang dihantar kembali kepada syarikat menggunakan perkhidmatan courier yang boleh dipercayai dan dibungkus dengan baik. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di drazimuthedi@gmail.com